Daripada jumlah tersebut, Mitsubishi XPANDER kekal mendominasi segmen MPV bukan nasional di Malaysia, dengan 9,065 unit atau 47.2 peratus daripada jumlah keseluruhan jualan MMM.
Sementara itu, trak pikap Mitsubishi Triton turut mengekalkan penguasaan di dalam pasaran dengan jumlah 21.4 peratus dan menjadi salah satu daripada model trak pikap kegemaran biarpun menerima saingan daripada jenama lain.
Untuk tahun kewangan 2021, sebanyak 9,420 unit Triton telah jual, dengan peningkatan sebanyak 24 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.