Imej baharu ini memperlihatkan rekaan sisi coupe dua pintu M2 2023 yang dipadankan dengan set rim berwarna gangsa, diikuti dengan gambar zoom pada bahagian belakang yang memperlihatkan bentuk sayap belakang.
Dari segi kuasa, BMW M2 bakal dilengkapi dengan nadi enam silinder sebaris 3.0 liter turbo berkembar S58 dengan kuasa sekitar 450 hp, dan kemungkinan besar hanya ditawarkan dalam versi automatik sahaja.
BMW mengesahkan model coupe M ini bakal dipasang menjelang akhir tahun ini di kilang San Luis Potosi, Mexico, dan merancang untuk memperkenalkannya secara rasmi pada Goodwood Festival of Speed tahun ini (23-26 Jun).