Tiada lagi WFH, Elon Musk mahu semua kakitangan Tesla masuk pejabat

oleh Mohamad Hanif|
Elon Musk mengarahkan semua kakitangannya di Tesla Inc untuk kembali bekerja di pejabat atau meninggalkan syarikat itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla Inc itu dalam satu memo memaklumkan, kesemua warga syarikat itu perlu bekerja sekurang-kurangnya 40 jam seminggu di pejabat.

“Ini adalah kurang daripada yang kami minta daripada pekerja kilang. Jika tidak hadir, kami menganggap anda telah meletak jawatan.

"Semakin kanan jawatan anda, kehadiran anda perlu lebih jelas," ujarnya dalam satu memo yang dihantar kepada kakitangannya yang tular di media sosial baru-baru ini.

Setakat ini, Tesla masih belum memberikan sebarang maklum balas terhadap permintaan untuk mendapatkan kenyataan.

Bagaimanapun, bilionair terkenal itu dilihat secara tidak langsung telah 'mengesahkan' perkara itu menerusi Twitternya sendiri, apabila menjawab soalan seorang pengguna yang meminta komennya terhadap pihak yang menganggap bekerja di pejabat adalah konsep kuno.

Jawab Musk: "Mereka harus berpura-pura bekerja di tempat lain,".

Firma teknologi utama di Silicon Valley tidak memerlukan pekerja kembali sepenuh masa ke pejabat, berikutan keengganan sesetengah pekerja dan juga kemunculan semula kes-kes COVID-19 di California.

Pada Mei 2020, Musk membuka semula kilang Tesla di Fremont, California, melanggar arahan sekatan pergerakan Alameda County bagi membendung penularan COVID-19.

Sumber: Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Global
Nampaknya Musk terpaksa membuat pusingan U untuk Tesla di China kerana syarikat beliau telah…
Berita Global
Dalam perbicaraan tersebut, Tesla Power India Pvt Ltd memberi alasan bahawa perniagaan utama mereka…
Berita Global
Ini diikuti dengan kejatuhan saham Tesla di Bursa Saham New York sebanyak 5.5 peratus. Tahun ini,…