Perodua D27A, pengganti Alza dilapor guna nama baharu?

oleh Mohamad Hanif|
Semalam, Perodua ada mendedahkan sebuah video menerusi saluran media sosial berjudul "Perodua Smart Build - Innovation for All".
AION MREC Banner Campaign May 2024

Dalam video berdurasi 50 saat itu, Perodua mengambil kesempatan mempamerkan kelibat model pengganti MPV Alza dalam gelap.

Biarpun hanya muncul dalam masa beberapa saat, mata-mata yang tajam sudah pasti dapat meneka ia sebenarnya masih lagi mempunyai reka bentuk luaran yang hampir sama seperti Daihatsu Xenia/Toyota Avanza/Toyota Veloz yang telah pun dilancarkan di Indonesia sebelum ini.
 

D27A


Dalam satu laporan terbaharu daripada rakan media Paultan, Perodua dikatakan sudah bersedia untuk mengumumkan harga jualan dalam masa terdekat, dan menariknya nama baharu bagi model pengganti Alza itu juga akan diumumkan sekali.

Ini bermakna, model pengganti dengan kod nama D27A itu tidak akan lagi menggunakan nama Alza, sebaliknya akan menggunakan nama baharu yang berbeza.

Berdasarkan semakan, Perodua sebelum ini ada mendaftarkan tanda dagang untuk nama "Traz" dan "Nexis" di pejabat Perbadanan Harta Intelek Malaysia pada bulan lalu.
 

traz nexis


Kedua-dua nama itu difahamkan difailkan di bawah kelas 12 yang biasanya dikaitkan dengan kategori kereta.

Perodua D27A dibangun menggunakan platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA), dengan membawakan nadi 2NR-VE 1.5 liter Dual VVT-i yang mampu menghasilkan 103 PS dan 136 Nm yang dipadankan dengan transmisi D-CVT.

Lebih banyak butiran berhubung Perodua D27A ini bakal kami laporkan menjelang pelancaran rasmi MPV yang ditunggu-tunggu ramai ini.

Sumber: Paultan

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Perodua, Myvi Conversion itu bukanlah satu produk yang siap untuk dijual, atau akan dijual…
Berita Domestik
Umum mengetahui bahawa Perodua sudah menyahut cabaran kerajaan untuk menghasilkan sendiri EV mereka…
Berita Domestik
Pada 3 Mei 2024, Perodua telah memperkenalkan kereta model Alza AV dan H serta Axia AV dan G ke…