Ford panggil semula Bronco, Ranger di Amerika - cermin depan mudah tercabut

oleh Mohamad Hanif|
Di Amerika Syarikat, Ford telah mengumumkan kempen panggil semula melibatkan lebih 63,000 unit Bronco dan Ranger disebabkan oleh cermin depan yang mudah tercabut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut dokumen yang dikeluarkan oleh National Highway Traffic Safety Administration, masalah ini berpunca daripada penggunaan perekat yang tidak mencukupi pada bahagian tersebut semasa fasa produksi berjalan.

Namun isu ini telah disedari sendiri oleh Ford apabila mereka menerima aduan daripada seorang pemilik.

Kempen panggil semula ini melibatkan 39,063 unit Ford Bronco yang dibina antara 8 Disember 2021-12 April 2022, serta 24,231 unit Ford Ranger yang dibina antara 17 Disember 2021 hingga 12 April 2022.
 

bronco


Para pemilik kedua-dua model ini akan dihubungi sendiri oleh Ford untuk menghantar kenderaan mereka ke pusat pengedar untuk proses selanjutnya, di mana cermin hadapan akan dibuka dan dipasang semula termasuk proses kalibrasi kamera sekiranya diperlukan.

Kos pembaikan akan ditanggung sepenuhnya oleh Ford.

Sumber: NHTSA

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sebanyak 60 unit Omoda 5 yang dihasilkan pada 15 Ogos 2023 dan  dipasang dengan komponen bermasalah…
Berita Domestik
Menurut JPJ, pihaknya akan memantau pelaksanaan proses pemanggilan semula ini dan komited untuk…
Berita Domestik
Hasil dari siasatan itu, CAM telah mengenal pasti 600 unit Omoda 5 yang disyakki terbabit dan CAM…