Antara unit yang sudah pun mula dipasang termasuklah Ninja 250 ABS dan Z250 ABS, serta model Ninja 250.
Dalam info terbaharu yang diterima, MODENAS akan memperkenalkan kembali tiga buah model yang disebutkan itu tadi pada penghujung bulan ini.
Ketiga-tiga model yang dijenamakan semula sebagai motosikal MODENAS itu dijangka akan ditawarkan pada julat harga yang lebih rendah berbanding harga jualan yang ditawarkan oleh pihak Kawasaki sebelum ini.
Dari segi penawaran kuasa, ketiga-tiga model ini hadir dengan enjin parallel-twin 248 cc yang mampu menjana kuasa sekitar 37 PS @ 12,500 rpm dan daya kilas 23 Nm @ 10,000 rpm yang dipadankan dengan transmisi enam kelajuan dan bantuan klac slipper/assist.
Lebih banyak informasi akan kami kongsikan dengan lebih menyeluruh menjelang hari pelancaran kelak.