Biarpun bersifat sebagai sebuah varian asas, Tiguan Allspace Life masih lagi padat dengan ciri-ciri yang menjadikannya sebuah SUV moden, selain menawarkan ruang kargo sehingga 1,775 liter mendahului kelasnya.
Dari segi luaran, Tiguan Allspace Life membawakan rekaan tajam dan dinamik yang sama seperti varian lain, seperti lampu utama LED, kemasan Allspace, perumah cermin sisi berwarna perak, serta rim aloi Frankfurt bersaiz 18 inci.
Ruang kabin pula menempatkan fungsi yang mewah seperti sistem infotainmen Discover Pro 9.2 inci, sokongan sambungan aplikasi tanpa wayar, sistem navigasi, kawalan suara, kawalan iklim Climatronic tiga zon dan roda stereng sport balutan kulit.
Tiguan Allspace Lift dijana dengan enjin 1.4 TSI yang mampu menghasilkan 150 PS dan daya kilas 250 Nm, dipadankan dengan transmisi DSG enam kelajuan.
Bacaan penggunaan bahan api pula adalah sekitar 7.7 liter untuk setiap 100 km.
Harga jualan untuk Tiguan Allspace Life bermula dari RM172,900.