Di bawah program baharu ini, Maserati melanjutkan perlindungan terhadap komponen trenkuasa seperti enjin, kotak gear dan transmisi sehingga kereta tersebut berusia 10 tahun.
Program Extra10 ini ditawarkan sebagai tambahan kepada program lanjutan sedia ada (Extended Warranty) yang membolehkan jaminan dilanjutkan sehingga empat atau lima tahun, selain menawarkan perkhidmatan tambahan seperti pengambilan dan penghantaran kereta, program kereta ihsan dan banyak lagi.
Ini membolehkan Maserati menawarkan kepada semua pelanggannya satu pakej yang inovatif, sekaligus memberikan ketenangan minda dengan menggandingkan prestasi tertinggi dan keseronokan pemanduan yang tipikal untuk setiap kereta Trident.
Para pelanggan Maserati dinasihatkan untuk menyemak sendiri dengan pengedar sah untuk memeriksa dan mendapatkan informasi berhubung penawaran terbaharu ini.