Salah satu contoh yang ada ialah Toyota Tundra Hybrid yang dilengkapi dengan dengan enjin iForce Max ditawarkan di pasaran Amerika Syarikat.
Di China, Great Wall Motors baharu sahaja melancarkan sebuah trak pikap saiz pertengahan Shanhai Cannon di acara Chengdu Auto Show, baru-baru ini.
Rekaan luaran trak pikap ini jelas mengambil inspirasi daripada SUV Tank 500, dimulakan dengan unit lampu utama dan rekaan jeriji besar yang serupa, kemasan krom, unit bampar dengan lampu kabus, serta rekaan fender flare pada arka roda depan dan belakang.
Difahamkan, terdapat tiga pilihan trenkuasa yang ditawarkan oleh Great Wall Motors, termasuklah enjin petrol hibrid 2.0 liter turbo, enjin diesel 2.4 liter turbo (183 hp) dan enjin V6 petrol 3.0 liter turbo yang mampu menjana 348 hp dan 500 Nm.
Setakat ini, angka kuasa kuda untuk model hibrid masih lagi belum dideedahkan.
Dari segi dimensi, Shanhai Cannon membawakan ukuran sepanjang 5,440 mm, lebar 1,991 mm, tinggi 1,924 mm dengan jarak antara roda sepanjang 3,350 mm.
Ini bermakna, dimensi Shanhai Cannon adalah sedikit besar berbanding trak pikap Ranger generasi baharu mempunyai ukuran dimensi 5,370 mm, lebar 1,918 mm, tinggi 1,884 mm dengan jarak antara roda sepanjang 3,270 mm.
Selain itu, Shanhai Cannon ini mempunyai dimensi bed belakang yang besar dengan ukuran 1,500 mm, lebar 1,520 mm, kedalaman 500 mm dan didatangkan dengan bukaan pintu tailgate yang unik.
Sebagai sebuah trak pikap yang paling mewah oleh Great Wall, Shanhai Cannon membawakan ciri seperti skrin sentuh besar, skrin kluster digital, kemasan dalaman dua tona dan aksen kayu, serta tempat duduk baris kedua larasan elektrik!
Harga jualan serta spesifikasi penuh dijangka akan diumumkan dalam masa terdekat.