"Sambutan secara umumnya baik, tetapi masih memerlukan sedikit masa untuk benar-benar diterima pasaran pantai timur kerana masih ada yang tidak berapa pasti akan asal-usul jenama Royal Enfield di sana," ujarnya ketika menjawab soalan Careta berkaitan isu tersebut.
Buat masa sekarang, Royal Enfield akan terus mengadakan pameran-pameran di acara-acara motosikal di sekitar wilayah pantai timur untuk menerangkan lagi jenama itu ke peminat-peminat motosikal di sana.
Royal Enfield buat masa sekarang menerima sambutan yang cukup menggalakan di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru. Selain dari jenama yang mempunyai susur galur bermula daru tahun 1901, rekabentuk produk-produk Royal Enfield juga menarik perhatian ramai dan harga jualan rendah yang ditawarkan di Malaysia juga menyebabkan ramai pemilik motosikal jenama China tepuk dahi.
Pasaran automotif di Pantai Timur lebih ke arah jenama-jenama Jepun lazim dan juga jenama China yang menawarkan harga yang rendah. Antara punca pasaran di rantau itu masih terkebelakang kerana pembeli di sana dikatakan lebih ke arah pembelian "selamat" atau produk dengan harga murah.
Ada juga yang beranggapan produk-produk global yang mahal hanya mahu mengaut keuntungan berlebihan dan produk harga rendah memberikan pulangan nilai yang lebih baik, tanpa mengira soal perkhidmatan lepas jualan, waranti dan nilai jual balik.
Di bawah ialah video tunggang uji Careta untuk model Royal Enfield Continental GT 650, enjin paling modern untuk jenama itu dan bukti ia adalah jenama serba modern bertaraf global.