Memetik laporan daripada Astro Awani, wakil Ketua Setiausaha Kabinet Jepun Seiji Kihara memaklumkan pihak kerajaan masih dalam proses penelitian sebelum membenarkan lebih ramai pelancong asing bukan dalam kumpulan untuk masuk ke negara itu.
Katanya, jumlah angka pelancong yang masuk ke Jepun ketika ini masih rendah sekitar lima peratus daripada jumlah pelancong masuk yang datang pada 2019, sebelum pandemik menyerang dunia.
“Perbincangan masih dijalankan bersama Perdana Menteri, Fumio Kishida. Kami cuba membuka pintu sempadan untuk pelancong yang datang bersendiri secepat mungkin pada musim luruh atau selewat-lewatnya musim sejuk akan datang," katanya.
Sebelum ini, hanya pelancong dalam pakej pelancongan akan dibenarkan masuk bagi fasa pertama pembukaan semula bermula 10 Jun lalu.
Sumber: Astro Awani