Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asistem Komisioner Mohamad Farouk Eshak, "siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu lelaki tempatan telah berhenti di lorong kecemasan Lebuhraya SUKE dari arah Tol Bukit Teratai menghala Kuala Lumpur dengan tujuan untuk mengambil gambar.
"Kemudian datang motosikal jenis Suzuki dari arah belakang sebelum melanggar kereta terbabit," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Tambahnya, penunggang motosikal itu mengalami kecederaan di bahagian kaki dan mendapat rawatan di Hospital Ampang.
"Kes disiasat di bawah Kaedah 16 LN 166/59 iaitu halangan sehingga menyebabkan kemalangan," ujar beliau.
Ini merupakan kes kemalangan yang pertama berlaku di Lebuhraya SUKE sejak dibuka pada 16 September yang lalu.
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak berhenti sewenang-wenangnya di lorong kecemasan sekiranya tiada sebarang kecemasan atau keperluan.
Sumber: Sinar Harian