Platform EV Neue Klasse BMW mampu tampung kuasa sehingga 1,341 hp!

oleh Mohamad Hanif|
Platform baharu kenderaan elektrik BMW yang dinamakan sebagai Neue Klasse bakal menjadi asas kepada beberapa buah model yang bakal dilancarkan kelak.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Dalam satu temubual bersama BMW Blog, ketua unit kejuruteraan, penyelidikan dan pembangunan BMW Frank Weber mendedahkan serba sedikit keupayaan yang bakal ditunjukkan oleh pelantar baharu itu.

Menurutnya, model pertama yang akan lahir merupakan sebuah sedan elektrik dengan saiz menyamai model 3 Series.

Platform ini juga sangat fleksibel dan boleh digunakan bukan sahaja untuk membangunkan sedan, malah bentuk badan yang lain termasuklah crossover dan hypercar, menggunakan tetapan motor elektrik tunggal, dua motor sehingga empat motor elektrik pada satu-satu masa.
 

m


"Apa yang anda boleh jangkakan daripada senibina Neue Klasse ini bukan sahaja tahap fleksibiliti dalam bateri voltan tinggi. Anda boleh mempunyai senibina berkecekapan tinggi dengan motor elektrik tunggal, senibina motor elektrik berkembar, dan platform ini juga boleh menampung senibina empat motor elektrik dengan kuasa satu megawatt (1,341 hp).

Dalam satu laporan pada awal tahun lalu, BMW dikatakan bekerjasama dengan McLaren Automotive untuk membangunkan sebuah supercar berkuasa elektrik dan crossover elektrik berprestasi tinggi.

Terdapat spekulasi di mana supercar itu akan ditampalkan jenama McLaren dengan konfigurasi empat motor elektrik dan kuasa setinggi 1,088 hp.

Sementara BMW pula mungkin sekali akan melancarkan model crossover yang akan menggantikan model 8-series Gran Coupe dengan empat tempat duduk, serta elemen sebuah SUV.

Sumber: BMW Blog

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
BMW R1300 GS Model R1300 GS yang sudah seminggu dipertontonkan hadir dengan harga bermula dari…
Pelancaran
Menggunakan enjin B48 4-silinder dengan bantuan sistem hibrid ringkas 48V, ia memberikan tenaga…
Berita Global
Antara model yang terlibat panggilan semula ini adalah 2 Series Active Tourer, X1, X3, X4, X5, X6…