JPJ perkenalkan aplikasi JPJ Info, memudahkan aduan kesalahan jalan raya

oleh Penyumbang Rencana|
Memandu atau menunggang dalam kehidupan harian boleh menyebabkan kita hilang kesabaran dek kerana kesalahan yang dilakukan kenderaan lain.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hal ini pastinya akan menyusahkan diri sendiri dan pihak lain jika terjadi sesuatu yang tidak diingini. 

Pada zaman teknologi ini, pemasangan dashcam bukan lagi satu perkara yang sunat dilakukan, ia memang wajib dibuat oleh semua orang.

Tidak kira kereta murah, mahal, atau pura-pura mahal, rakaman dashcam itu penting untuk merekodkan sebarang kejadian yang berlaku di atas jalan raya, seperti buli, pemanduan di bawah pengaruh alkohol, dan sebagainya.

Untuk memudahkan urusan orang ramai membuat aduan berhubung sebarang kesalahan dan kemalangan yang berlaku, pihak JPJ telah melancarkan aplikasi mudah alih JPJ Info.

 

JPJ Info

 


Aplikasi ini bertujuan untuk menjadi suatu medium, yang memudahkan aduan disalurkan kepada JPJ bagi tujuan tindakan lebih pantas serta lebih efisien.

Bagi orang awam yang mempunyai sebarang bukti atau rakaman tentang kesalahan yang direkodkan, mereka boleh memuat naik gambar atau video dan memaklumkan maklumat tambahan melalui aplikasi ini pada bahagian e-Aduan.

Selain daripada aduan, JPJ Info juga mempunyai beberapa ciri lain yang berguna, seperti pemeriksaan lesen kenderaan, menyemak saman, menyemak lesen memandu dan lain-lain.

Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma menerusi Google Play Store dan Apple App Store.
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
(Baca disini mengenai IDP tidak boleh digunakan di luar negara) Baru-baru ini, JPJ melalui laman…
Berita Domestik
Menurut JPJ, pihaknya akan memantau pelaksanaan proses pemanggilan semula ini dan komited untuk…
Berita Domestik
Beliau berkata, tindakan tiga lelaki berusia antara 52 hingga 54 tahun itu terbongkar melalui…