Menurut laporan dari Harian Metro, tambang istimewa terbabit sah serta-merta untuk perjalanan sehingga 30 November 2022.
Menurut kenyataan dari pihak Firefly, pelanggan yang melancong boleh memperibadikan perjalanan mereka dengan perkhidmatan kumpulan nilai daripada pelbagai tambahan termasuk memilih tempat duduk pilihan, pratempah hidangan dalam penerbangan lazat yang menampilkan masakan tempatan terkenal seperti nasi lemak, nasi kandar, asam pedas dan pelbagai lagi.
Pelanggan juga dapat membeli elaun bagasi tambahan sehingga 40 kilogram (kg) untuk membawa peralatan sukan mereka seperti peralatan ski air, peralatan selam skuba dan set golf yang beratnya sehingga 20 kg.
Selain itu, pelanggan boleh menemui tempat dan pengalaman baharu yang menarik serta lebih jimat dengan menempah perjalanan bersama Firefly.
Ads by