Sebuah motosikal milik seorang remaja tiba-tiba terbakar apabila tangki minyak motosikal itu bocor dalam kejadian di Alor Setar, Kedah pada Sabtu.
Menerusi video berdurasi 18 saat yang dirakam dan dimuat naik oleh pengguna TikTok, @naimm47, remaja berkenaan dilihat berusaha memadamkan api tersebut, namun gagal apabila api itu semakin marak.
“Terima kasih kepada mereka yang sudah membantu saya semalam. Semoga dimurahkan rezeki,” kata remaja berkenaan menerusi ruangan komen.
Kejadian malang itu sekali gus mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa simpati mereka terhadap remaja berkenaan.