Memetik laporan Autosports, Ford dikatakan berminat untuk menaja pasukan Red Bull F1 setelah perbincangan pasukan itu dengan Porsche tidak menjadi kenyataan.
Ia turut disumbangkan dengan populariti F1 yang kian meningkat sejak kehadiran siri dokumentari Netflix Drive to Survive, dan kemunculan semula perlumbaan tersebut di litar-litar sekitar Amerika Syarikat.
Kali terakhir Ford terlibat dalam sukan F1 adalah pada tahun 2004 menerusi pasukan Jaguar F1 sebelum pasukan itu dijual kepada Red Bull dan menjadi salah satu nama yang paling berjaya dalam era F1 moden.
Selain daripada F1, Red Bull dan Ford turut bekerjasama di dalam World Rally Championship (WRC).
Sumber: Autosports