Buat masa ini, LPT2 masih boleh digunakan seperti biasa bagi kedua-dua arah namun pengguna dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dan sentiasa peka terhadap info semasa.
Pengurus Perniagaan Wilayah LPT2 Sdn Bhd, Ts. Suhaimi Samat berkata, "berikutan insiden kegagalan cerun yang berlaku di KM393.4 baru-baru ini, LPT2 masih mengaktifkan laluan kontra bagi laluan Bukit Besi ke Ajil di KM392.4 hingga KM394.6."
"Ini bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan cerun dilaksanakan untuk keselamatan semua pelanggan lebuh raya. Oleh itu, orang ramai diingatkan agar sentiasa peka, berhati-hati memandu, mematuhi arahan petugas serta papan tanda trafik apabila menghampiri zon kerja dan laluan kontra terbabit".
Pengguna lebuh raya turut dinasihatkan untuk memeriksa maklumat cuaca terkini melalui aplikasi RakanMET atau layari laman web MET Malaysia.
Untuk sebarang maklumat atau info terkini, anda boleh hubungi pihak LPT2Line di talian 1800-88-0220.