Chery catat 1.1 juta unit jualan global tahun 2022

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Pada bulan November lepas, jenama pengeluar kereta Chery telah mencecah jualan sehingga 100,531 unit, hasil tersebut membuatkan Chery berjaya mencatat jualan melebihi 100,000 unit selama 6 bulan berturut-turut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam masa yang sama, pada 11 bulan pertama tahun 2022, Chery telah menjual lebih 1,127,289 unit kereta dengan 70.9 peratus eksport.

 

omada 5

 

Angka itu merupakan prestasi terbaik dalam sejarah syarikat itu sepanjang menghasilkan kereta, Chery turut mencatat rekod baru eksport jenama China.

Semua kejayaan tersebut telah terhasil dari barisan model baru mereka seperti Omada 5, Tiggo 7 Pro dan Tiggo 8 Pro yang telah mendapat sambutan luar biasa.

 

tiggo 8

 

Jualan model Tiggo 8 Pro sahaja telah mencatat sehingga 171,000 unit di pasaran Brazil, manakala jualan Tiggo 7 Pro mencatat jualan 146,000 unit dan berada di kedudukan nombor 1 dalam segmennya untuk pasaran Qatar dan negara Timur Tengah yang lain.

Chery di bawah pasukan baru itu kini dilihat bergerak positif untuk menjual dan menghasilkan kereta, syarikat itu kini mempunyai 11.13 juta pengguna secara global.

 

tiggo 7

 

Setelah beberapa tahun meninggalkan pasaran Malaysia, Chery dilaporkan akan melancarkan beberapa buah model baharu yang akan dipasang secara tempatan pada 2023.

Chery sebelum ini telah mempamerkan model Tiggo 4 Pro, Tiggo 7 Pro, Tiggo 8 Pro dan Omada 5 di Malaysia sebagai tanda  kedatangan semula syarikat tersebut ke pasaran tempatan.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sebanyak 60 unit Omoda 5 yang dihasilkan pada 15 Ogos 2023 dan  dipasang dengan komponen bermasalah…
Berita Domestik
Hasil dari siasatan itu, CAM telah mengenal pasti 600 unit Omoda 5 yang disyakki terbabit dan CAM…
Berita Domestik
Chery Dari apa yang kami fahami, Chery ialah jenama utama dan ia direka untuk pasaran umum.…