Kerajaan Indonesia bakal berikan subsidi RM22.8 ribu untuk EV pemasangan tempatan

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Kerajaan Indonesia baru-baru ini telah menumumkan bahawa mereka bakal memberikan subsidi sehingga IDR80 juta (RM22.8 ribu) dengan syarat ianya dipasang secara tempatan (CKD).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Subsidi itu bakal diberikan untuk membantu rakyat Indonesia yang menginginkan EV pada harga mampu milik dan tidak membebankan.

Menurut laman web tempatan, detikoto, Indonesia kini memiliki 2 pilihan untuk EV dengan pemasangan tempatan iaitu Hyundai Ioniq 5 dan Wuling Air.

 

2

 

Tentu sekali yang menjadi perhatian ialah EV Wuling Air, sebuah EV mini popular dari China. Untuk pasaran Indonesia, harga permulaan untuk Wuling Air hanya bermula dari IDR158 juta atau RM44.6 ribu sahaja selepas subsidi.

Manakala varian Long Range bermula dari IDR218 juta atau RM61 ribu selepas subsidi, harga itu dilihat mampu mendapat sambutan daripada semua golongan pembeli.

Setakat ini, calon yang bakal menjadi EV mampu milik untuk pasaran Malaysia ialah BYD Dolphin, sebuah SUV mini dan telah ditunjukkan semasa pelancaran Atto 3 baru-baru ini.

 

Berita Berkenaan

Kereta
Perkara seperti tersebut membuatkan sesetengah orang masih kurang yakin dengan kebolehan dan…
Berita Global
Laporan itu datang selepas Ketua eksekutif Tesla, Elon Musk membuat lawatan mengejut untuk bertemu…
Berita Domestik
Majlis perasmian itu diadakan di Dewan Gandasuli Tamara Residence, bersama-sama dengan sambutan…