Chery bekerjasama dengan CATL untuk memajukan teknologi tenaga baharu

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Baru-baru ini Chery Group bersama Contemporary Amperex Technology Co., Limited. (CATL) telah menandatangani perjanjian kerjasama strategik, dimana kedua-dua syarikat itu akan berganding bahu dalam bidang seperti produk, perdagangan, promosi pasaran dan sumber maklumat komersial.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Selain pembekalan bateri dan kerjasama teknikal pada kenderaan penumpang, kedua syarikat tersebut berhasrat untuk ke arah meningkatkan dan memimpin pembangunan industri automotif.

Mereka bakal menjalankan penerokaan bersama dalam bidang transit massa, EIC penyepaduan teknologi tenaga baharu serta penukaran bateri untuk bas, kenderaan logistik, trak berat dan kapal elektrik.

Jika anda mengikuti perkembangan EV secara global, anda pasti pernah mendengar tentang syarikat CATL, yang merupakan pengeluar bateri litium-ion terbesar di dunia untuk EV.

 

1

 

CATL fokus kepada penyelidikan, pembangunan, pengeluaran dan penjualan bateri daya tarikan serta sistem simpanan tenaga untuk kenderaan tenaga baharu (NEV).

Di samping itu, jenama automotif dari China, Chery telah terlibat dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi teknologi tenaga baharu seawal tahun 1999, dan boleh dikatakan antara perusahaan kereta di China terawal untuk menceburi bidang ini.

Semenjak ditubuhkan, Chery telah memohon lebih 900 paten tenaga baharu dan memperoleh lebih 600 paten setakat ini, menduduki tempat pertama sebagai pengeluar kereta di China dan ketiga di seluruh dunia.

Dari segi teknologi hibrid, Chery berjaya menghasilkan Dedicated Hybrid Transmission (DHT) pertama dalam dunia, dengan menerajui pembangunan teknologi hibrid bersama kelebihan uniknya iaitu "3 enjin, 3 gear, 9 mod operasi dan 11 nisbah kelajuan".

 

3

 

Pada tahun 2022 Chery telah menerajui tenaga baharu berkelajuan tinggi dan memulakan lembaran perkembangan teknologi baru.

Dalam 10 bulan pertama 2022, Chery berjaya jual 210,000 kenderaan tenaga baharu (+182% tahun ke tahun), jauh mengatasi keseluruhan kadar pertumbuhan industri.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sebanyak 60 unit Omoda 5 yang dihasilkan pada 15 Ogos 2023 dan  dipasang dengan komponen bermasalah…
Berita Domestik
Hasil dari siasatan itu, CAM telah mengenal pasti 600 unit Omoda 5 yang disyakki terbabit dan CAM…
Berita Domestik
Chery Dari apa yang kami fahami, Chery ialah jenama utama dan ia direka untuk pasaran umum.…