JPJ - Kenderaan berat tidak patuh had masa di lebuh raya akan disita

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menyita kenderaan berat yang tidak mematuhi tempoh masa bagi laluan di lebuh raya sepanjang musim perayaan Tahun Baharu Cina.


Timbalan Ketua Pengarah Perancangan dan Operasi JPJ, Aedy Fadly Ramli berkata, pihaknya juga turut bekerjasama dengan pihak konsesi lebuh raya bagi melaksanakan pemantauan tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"JPJ tidak akan kompromi dengan kesalahan seumpama ini dan tindakan penyitaan boleh dibuat terhadap mana-mana pihak yang ingkar dengan pelaksanaan ini.

 

"Larangan ini bertujuan untuk elakkan risiko berlakunya nahas jalan raya akibat percampuran aliran trafik kenderaan berat dan ringan," katanya ketika sidang media selepas lawatan di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) pada Jumaat sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

 

Larangan bagi kenderaan berat itu dibuat dua hari sebelum sambutan Tahun Baharu Cina serta dua hari selepas musim perayaan tersebut.

 

Bagaimanapun, terdapat beberapa kategori kenderaan berat yang masih dibenarkan melalui kawasan lebuh raya.

 

Namun ia bergantung kepada had masa yang ditetapkan selain turut mengambil kira kenderaan di bawah perkhidmatan keperluan asas.

 

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kes kemalangan di Kilometer (KM) 259.6 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran susur keluar Plaza Tol Port Dickson.

 

Insiden terbabit turut meragut nyawa sepasang suami isteri yang rentung berikutan kebakaran treler tersebut.

 

Kejadian sekitar jam 8.40 pagi Jumaat itu juga menyebabkan semua lorong terhalang dan berlaku kesesakan lalu lintas sejauh lebih enam kilometer.

 

 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
(Baca disini mengenai IDP tidak boleh digunakan di luar negara) Baru-baru ini, JPJ melalui laman…
Berita Domestik
Menurut JPJ, pihaknya akan memantau pelaksanaan proses pemanggilan semula ini dan komited untuk…
Berita Domestik
Beliau berkata, tindakan tiga lelaki berusia antara 52 hingga 54 tahun itu terbongkar melalui…