Kejadian itu adalah yang kedua selepas kes seorang penunggang motosikal menemui ajal akibat terlanggar lubang di Temerloh minggu lalu.
Anak mangsa, Noradham Jama Rusly, 40, berkata, bapanya sering ke Bandar Triang dengan menunggang motosikal dan pada hari kejadian, lelaki itu keluar rumah seawal pukul 8 pagi.
“Bapa memang tahu jalan di situ selalu rosak, cuma semalam (kelmarin) dia tidak perasan lubang itu semakin besar.
“Lubang-lubang di situ ditutup dengan batu, mungkin abah tidak dapat kawal motosikal sebab faktor usia menyebabkan motosikal tergelincir,” katanya.
Susulan kejadian itu, pihak berkuasa telah memulakan kerja-kerja baik pulih jalan petang semalam selain meletakkan kon dan tanda tanda sebagai peringatan kepada pengguna.
Sehubungan itu, Noradham berharap supaya jalan yang rosak ini dapat dibaiki dengan sempurna demi keselamatan pengguna jalan raya bukan sekadar menampal berulang kali.
“Saya sedia maklum, jalan itu telah dibaiki berulang kali tetapi masih berlubang di tempat yang sama, janganlah sekadar buat, bila berlubang tampal tapi cara kerja tidak berkualiti, biarlah buat betul-betul,” jelasnya.
- kenapa bila terjadi kemalangan baru bertindak? Dan kenapa turapan jalan berlubang setakat 'melepaskan batuk di tangga? -