Penerbangan balik FY3533 pula berlepas dari KNO ke PEN pada jam 11:50 pagi.
Sebelum pandemik, anak syarikat Malaysia Aviation Group (MAG) mengendalikan penerbangan ke Medan melalui Lapangan Terbang Subang menggunakan pesawat ATR 72-500.
"Indonesia terus menjadi destinasi utama bagi kami, ia dapat dilihat daripada permintaan perjalanan yang kukuh di antara kedua-dua negara,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Penerbangan MAG, Ahmad Luqman Mohd Azmi dalam satu kenyataan.
Kumpulan itu kini menawarkan sambungan ke tujuh bandar di Indonesia.
Pengembara boleh menyambung penerbangan ke Jakarta, Denpasar, Surabaya, Medan, Pekanbaru dan Yogyakarta dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur yang dikendalikan oleh Malaysia Airlines, dan ke Banda Aceh dan Medan dari Pulau Pinang yang dikendalikan oleh Firefly.
Bersempena dengan penerbangan sulung ke Medan, Firefly turut menandatangani memorandum persefahaman dengan Hospital Adventist Pulau Pinang bagi meningkatkan pelancongan perubatan di Malaysia.