Sementara di Eropah pula, sebuah lagi sedan segmen D turut menerima nasib yang serupa di mana Volkswagen dilapor akan menghentikan penjualan model Passat.
Ini bermakna, generasi baharu Passat yang bakal muncul pada tahun ini hanya akan ditawarkan dalam versi wagon sahaja.
Bercakap kepada Automotive News Europe, bos Volkswagen Thomas Schafer berkata, keputusan telah dibuat untuk menghentikan sedan tersebut walaupun ia merupakan sedan paling laris terjual di dalam segmennya di Eropah pada tahun lepas.
Biarpun Passat tidak lagi muncul dalam versi sedan, Volkswagen masih lagi menawarkan sedan fastback Arteon yang lebih sporti.
Ujarnya lagi, Passat generasi baharu akan dibangunkan oleh Skoda tanpa menjelaskan butiran di sebalik kenyataan tesebut.
Sumber: Automotive News Europe