Chery umum kerjasama dengan Inokom untuk kilang pemasangan tempatan

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Bertempat di Hall A MAEPS pada pameran Malaysia Autoshow 2023, Chery Malaysia telah mengumumkan kerjasama dengan Inokom Corporation Sdn Bhd untuk pemasangan tempatan, di kemudahan perkilangan seluas 200 ekar di Kulim, Kedah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pengarah Chery Malaysia, Leo Chen berkata, “Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan Inokom. Dengan hampir tiga dekad pengalaman dalam memasang kenderaan dari banyak jenama terkenal dunia,"

"Inokom adalah rakan kongsi ideal untuk Chery dalam misi untuk bertapak di Malaysia dan menyediakan pengguna dengan kenderaan berteknologi dan berkualiti tinggi yang mendahului dari segi reka bentuk,”

 

2

 

“Kami juga mempercepatkan semua aspek lain dalam strategi penyetempatan kami, termasuk merekrut bakat terkemuka Malaysia dalam bidang seperti produk, jualan, selepas jualan, penjenamaan dan pemasaran."

Chery turut menyasarkan untuk melancarkan lebih 30 pengedar yang meliputi semua banda utama di seluruh negara.

Di pameran Malaysia Autoshow 2023 yang sedang berlangsung, Chery turut mempamerkan dua model SUV yang bakal diperkenalkan untuk pasaran Malaysia iaitu Omada 5 dan Tiggo 8 Pro.

 

3

 

Dengan reka bentuk bergaya bersama teknologi futuristik, Omada 5 disasarkan untuk memenuhi kehendak golongan muda yang mahu mendahului trend semasa.

Manakala Tiggo 8 Pro disasarkan untuk golongan usahawan dan profesional melalui gabungan teknologi dan sentuhan premium untuk memudahkan urusan harian.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sebanyak 60 unit Omoda 5 yang dihasilkan pada 15 Ogos 2023 dan  dipasang dengan komponen bermasalah…
Berita Domestik
Hasil dari siasatan itu, CAM telah mengenal pasti 600 unit Omoda 5 yang disyakki terbabit dan CAM…
Berita Domestik
Chery Dari apa yang kami fahami, Chery ialah jenama utama dan ia direka untuk pasaran umum.…