Ia sudah boleh ditempah di semua pusat pengedar Proton bermula 4 Julai 2023.
Proton X70 Premium X 2WD ini mendapat naik taraf kelengkapan berupa bumbung suria panorama, di mana ciri tersebut tidak ditawarkan pada varian Premium sedia ada.
Selain daripada warna eksklusif Quartz Black, pembeli boleh mendapatkan pilihan warna Space Grey atau Snow White.
Penawaran SUV Proton X70 telah dikemaskini pada tahun lepas, di mana ia menampilkan enjin baharu tiga silinder sebaris 1.5 liter turbo berkuasa 177 PS @ 5,500 rpm, serta daya kilas 255 Nm @ 1,500-4,000 rpm.
Enjin sedia ada 1.8 liter turbo masih lagi dikekalkan, di mana ia hanya ditawarkan untuk varian paling tertinggi dengan kuasa 184 PS @ 5,500 rpm dan daya kilas 300 Nm @ 1,750-4,000 rpm.
Harga jualan Proton X70 Premium X 2WD bermula dari RM126,800 tidak termasuk insurans.