Porsche Vision 357 Speedster - penghormatan kepada model asal 356 Roadster

oleh Mohamad Hanif|
Porsche mengambil kesempatan bersempena dengan acara Goodwood Festival of Speed untuk meraikan sambutan ulang tahun yang ke-75 kereta pertama mereka - Porsche 356 No. 1 Roadster.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Untuk itu, pengeluar dari Zuffenhausen itu menghasilkan pendekatan moden yang dinamakan sebagai Vision 357 Speedster atau lebih tepat lagi Vision 357 Concept versi tanpa bumbung.
 

coupe


Ketika model coupe itu menggunakan asas daripada 718 Cayman GT4 RS, speedster ini pula menggunakan asas daripada 718 GT4 e-Performance dengan membawakan trenkuasa elektrik sepenuh masa.

Ia hanya boleh memuatkan seorang individu sahaja, sementara bahagian 'penumpang' telah ditutup dengan menggunakan tonneau cover klasik.
 

EV


Antara rekaan unik termasuklah kamera sisi di atas fender hadapan, unit lampu utama yang berjaya disembunyikan dengan baik, kemasan dua tona Marble Grey dan Grivelo Grey Metallic, aksen Miami Blue, serta rim magnesium kekunci tengah bersaiz 20 inci.

Elemen gentian karbon banyak menguasai ruang kokpit 357 Speedster ini, seperti  yang terdapat pada papan pemuka dan kerangka tempat duduk.
 

356


Untuk mengurangkan lagi berat sedia ada, pemegang pintu standard telah digantikan dengan tali fabrik, diikuti dengan paparan meter jenis tembus pandang.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Secara keseluruhan, para jurutera dan pemandu uji telah memandu 911 baharu di dalam program…
Berita Global
Kira-kira 858 Taycan pada mulanya dikenal pasti berisiko dan ditarik balik pada bulan Januari,…
Berita Domestik
Lokasi itu terletak di dalam kawasan ladang sawit berhampiran dengan sebuah kampung yang terletak…