Lexus percaya masih wujud permintaan terhadap sedan

oleh Mohamad Hanif|
Permintaan terhadap kenderaan genre SUV - tidak kira apa jua bentuk dan saiz - dijangka akan terus meningkat dari semasa ke semasa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun begitu, Lexus masih lagi percaya disebalik obsesi ramai pihak terhadap SUV, masih wujud permintaan terhadap sedan tiga kotak tradisional di sesetengah pasaran.

Bercakap kepada laman Drive AU, ketua jenama global Lexus Takashi Watanabe mengakui permintaan terhadap sedan semakin merudum.
 

lexus


"Kami melihat terdapat keperluan pasaran untuk sedan, dan akan berterusan memberikan fokus kepada model sedan."

Di pasaran China, sedan masih lagi kekal popular di mana model ES merangkumi separuh daripada jumlah pengedaran kenderaan Lexus di negara tersebut.

Menurutnya lagi, pelan perancangan produk global pada masa akan datang boleh dilengkapkan dengan model sedan yang dihasilkan khusus untuk pasaran China, serta beberapa model khusus yang lain.
 

leus


Sumber: Drive AU

Berita Berkenaan

Berita Global
  Tambahan dua tempat duduk di belakang bermakna bos syarikat boleh membawa lebih ramai pegawai…
Berita Domestik
Dengan pencapaian jumlah jualan April itu, angka jualan tahun 2024 UMW Toyota kini mencatatkan…
Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, berkata komitmen syarikat melangkaui penghantaran kenderaan…