JPJ beri tiga bulan selesai kompaun cermin gelap!

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Sinar Harian
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberi tempoh tiga bulan kepada pemandu atau pemilik berdaftar kenderaan yang melanggar peraturan cermin gelap untuk melunaskan bayaran kompaun.

Pengarah JPJ Terengganu, Zulkarnain Yasin berkata, kadar kompaun bagi setiap kesalahan cermin gelap bagi tempoh satu hingga 15 hari (RM100), 16 hingga 30 hari (RM150), 31 hingga 60 hari (RM250).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Sekiranya bayaran kompaun tidak diselesaikan dalam tempoh tiga bulan, kes akan dibawa ke mahkamah mengikut peraturan di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991 (Pindaan 2019).

"Mereka yang disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi tempoh enam bulan bagi kesalahan pertama.

"Bagi kesalahan berikutnya denda tidak melebihi RM4,000 atau penjara tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya sekali," katanya pada sidang akhbar selepas majlis lelongan awam siri 2/2023, di sini pada Selasa.

Menurutnya, kadar ketelusan cahaya (VLT) bagi cermin kenderaan yang dibenarkan ialah 70 peratus cermin depan, 50 peratus cermin sisi kenderaan kiri dan kanan pemandu serta cermin bahagian belakang dan cermin belakang kosong peratus.

Bagaimanapun, katanya, kelonggaran diberikan kepada individu yang mempunyai alasan kukuh melibatkan faktor keselamatan atau kesihatan.

"Selaras dengan peraturan penggunaan cermin gelap kepada kenderaan persendirian, mana-mana individu atas faktor keselamatan atau kesihatan boleh memohon kelulusan untuk menggunakan cermin gelap," katanya.

Berdasarkan rekod, JPJ Terengganu telah mengeluarkan 42,149 notis kesalahan melibatkan cermin gelap sejak 2019.

"Daripada jumlah itu, sebanyak 5,867 kesalahan direkodkan pada 2019; 7,847 (2020); 11,525 (2021); 9,466 (2022) dan 7,444 kesalahan sehingga Ogos tahun ini," katanya.

Terdahulu, sebanyak 62 kenderaan dilelong melibatkan kenderaan disita pada 2021 ke bawah dengan nilai keseluruhan harga rizab sebanyak RM213,940.

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Syarikat itu berkata ia adalah sebahagian daripada inisiatif swasta bertujuan meningkatkan nilai…
Berita Domestik
Ia berhubung perkhidmatan urus niaga pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau cukai jalan…
Berita Domestik
(Baca disini mengenai IDP tidak boleh digunakan di luar negara) Baru-baru ini, JPJ melalui laman…