Serentak dengan itu, Proton turut mengumumkan nama rasmi yang bakal digunakan oleh sedan baharu itu, iaitu Proton S70 dengan tagline “Intelligence that Evolves”.
Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr. Li Chunrong turut mengesahkan model sedan tersebut kini sudah boleh ditempah di semua pusat pameran Proton bermula 1 November 2023 dengan yuran tempahan sebanyak RM500.
Proton bakal mengadakan sesi pratonton khas bersama pelanggan di beberapa buah ibu negeri di Malaysia bermula 11 November 2023 bagi membolehkan lebih ramai melihat dengan lebih dekat sedan baharu itu.
Proton S70 merupakan sedan serba baharu pertama daripada Proton sejak model Proton Persona dilancarkan pada Ogos 2016.
Ia juga merupakan model keempat yang dibangun bersama Geely selepas Proton X70, Proton X50 dan juga Proton X90.
Menggunakan asas daripada Geely Emgrand, Proton S70 membawakan ukuran dimensi sepanjang 4,638 mm, lebar 1,822 mm, lebar 1,460 mm dengan jarak antara roda sepanjang 2,650 mm.
Proton turut mengesahkan sedan tersebut bakal dilengkapi dengan enjin 1.5 liter turbo yang dipadankan dengan transmisi klac berkembar tujuh nisbah kelajuan, menghamburkan kuasa setinggi 177 PS dan 255 Nm pada model X70.