Setakat November, UMWT telah berjaya mencatatkan jumlah jualan sebanyak 97,705 unit, peningkatan 7.8 peratus berbanding 90,595 unit yang direkodkan untuk tempoh yang sama tahun lepas.
Dalam usaha untuk mengukuhkan lagi khidmat pelanggan, UMWT telah melancarkan pembukaan pengedar baharu di Putatan, Kota Kinabalu yang dikendalikan oleh Harapan Menang Sdn Bhd.
Selain itu, UMWT turut mengumumkan pembesaran pusat 3S Penampang, Sabah yang dikendalikan oleh Armada KK Automobile Sdn Bhd.
Pusat 3S tersebut kini menyediakan 18 ruang servis yang dapat memberikan perkhidmatan yang lebih pantas dan cekap, sejajar dengan komitmen UMWT yang mengutamakan pelanggan.
Selain daripada itu, UMWT turut memperkenalkan promosi bulan Disember "Drive into the New Year with Toyota" yang menawarkan pembiayaan sehingga 100 peratus untuk model terpilih, selain manfaat bernilai sehingga RM15,000 untuk kesemua 13 model Toyota termasuklah Vios serba baharu dan Yaris telah telah dikemaskini.
Program Toyota Service Savers pula menawarkan ansuran bulanan bermula serendah RM18 sahaja.
Di litar lumba, Toyota terus menunjukkan penguasaannya di perlumbaan endurans Sepang 1000KM dengan kedudukan pertama dan kedua.
Kejayaan ini bukan sahaja menyerlahkan tahap kebolehpercayaan dan daya saing kereta Toyota, malah menunjukkan keupayaan bersaing di dalam arena sukan permotoran yang mencabar.
Di luar aspek jualan dan sukan permotoran, UMWT telah menghulurkan sumbangan kepada Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) menerusi kempen Start Your Impossible (SYI).
Sumbangan ini bertujuan untuk membantu NCSM dalam mengembangkan dan memperkasakan perkhidmatan yang telah dijalankan seperti Program Saringan Kanser, Pemeriksaan Kesihatan Komuniti, Jejak Kanser dan Kempen Vaksinasi.
Sejajar dengan inisiatif global oleh Toyota Motor Corporation (TMC) pada tahun 2020, acara tahunan Toyota Outrun mendapat sambutan positif dengan jumlah kutipan sebanyak RM170,000.