Lima model pantas GR bakal mendarat di Malaysia 17 Februari ini

oleh Mohamad Hanif|
Tahun 2023 bakal menjadi satu tahun yang cukup meriah khusus buat para peminat Toyota.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Menerusi akaun rasmi Facebook, Toyota Malaysia telah memuat naik sekeping gambar acah yang memaparkan lima model GR dan GR Sport yang bakal dilancarkan pada 17 Februari ini.

Berdasarkan gambar tersebut, jelas sekali Toyota akan memperkenalkan tiga model GR iaitu GR Supra bertransmisi manual, GR Corolla, dan GR86.

Sementara dua buah model lagi dikategorikan dalam 'kelas' GR Sport, iaitu Hilux GR Sport dan Corolla Cross GR Sport.
 

GR

 

Toyota GR86 merupakan 'kembar' kepada Subaru BRZ yang tampil dengan nadi flat-four 2.4 liter dengan kuasa setinggi 232 hp dan 250 Nm, sementara GR Corolla pula 'meminjam' nadi tiga silinder sebaris G16E-GTS daripada GR Yaris dengan talaan kuasa 300 hp dan 370 Nm yang dipadankan dengan sistem pacuan GR-Four.

Toyota GR Supra pula mendapat varian baharu transmisi manual pada bulan April tahun lepas di mana ia masih lagi mengekalkan nadi enam silinder sebaris 3.0 liter dengan talaan kuasa setinggi 382 hp dan 497 Nm.

Baca: Toyota Corolla Cross GR Sport

Baca: Toyota Hilux GR Sport
 

GR sport


Perincian lanjut bakal diketahui menjelang pelancaran rasmi kelima-lima model tersebut pada minggu hadapan.

Baca: Toyota GR86

Baca: Toyota GR Corolla

Baca: Toyota GR Supra manual

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Terdapat beberapa buah model khas yang dipamerkan pada acara Beyond Zero, seperti berikut:  …
Telah Diuji
Ia tampil dengan pakej yang serba lengkap - rupa paras yang sporti, tiga pintu (kedekut penumpang…
Pelancaran
Dari segi kuasa, Toyota Vios 2023 dijana dengan enjin empat silinder sebaris 1.5 liter (2NR-VE)…