Sejarah Chrysler 300 bermula sejak dari tahun 1955 lagi, sebelum ia disertai oleh varian berprestasi tinggi 300C pada tahun 1957, lengkap dengan enjin V8 6.4 liter berkuasa 375 hp.
Plet nama 300C kemudian membuat kemunculan semula pada tahun 2005 serentak dengan kelahiran sedan yang menggunakan nama Chryler 300.
Walaupun sempat bertahan dalam dua generasi, Chrysler 300C secara konsisten dibekalkan dengan nadi Hemi bentangan V8 sepanjang tempoh produksi.
Unit terakhir 300C yang keluar dari barisan produksi itu membawakan kemasan Velvet Red, dan dikuasakan oleh nadi V8 6.4 liter yang mampu menjana kuasa setinggi 485 hp dan 644 Nm.
Pengeluaran model Chrysler 300C sebenarnya telah pun diumumkan sendiri oleh Stellantis pada tahun 2022 disebabkan oleh prestasi jualan yang semakin merudum, dan perancangan untuk memfokuskan kepada kenderaan elektrik.
Besar kemungkinan sedan Chrysler 300 akan digantikan dengan sedan elektrik yang akan diumumkan kelak.
Bukan itu sahaja, kilang pengeluaran di Brampton itu akan dinaiktaraf pada tahun hadapan sebagai persediaan untuk mengeluarkan barisan kenderaan elektrik pada masa hadapan.