Warna yang dimaksudkan itu ialah Mat Charcoal Grey Metallic/Gold, Candy Scintillate Red, Force Silver Metallic/Red dan Force Silver Metallic/Blue.
Menurut Boon Siew Honda, RS-X berwarna Mat Charcoal Grey Metallic/Gold itu boleh didapati terlebih dahulu di semua pengedar sah pada 4 Januari 2024 dengan harga bermula dari RM9,848.
Sementara tiga lagi warna boleh didapati bermula 18 Januari 2024 dengan harga jualan yang disyorkan RM9,798, tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran.
Spesifikasi asas Honda RS-X masih lagi kekal tidak berubah, di mana ia dikuasakan enjin silinder tunggal 150 cc dengan kuasa 15.8 hp @ 9,000 rpm dan daya kilas 13.6 Nm @ 7,000 rpm.
Ciri lain termasuklah unit pencahayaan LED penuh, skrin paparan digital, serta tidak ketinggalan sistem brek anti-kunci (ABS) saluran tunggal.