GAMBARAN VOLKSWAGEN GOLF FACELIFT 2025 DIDEDAHKAN - LEBIH BANYAK TEKNOLOGI DITAMPILKAN

oleh Firdaus Razani|
Volkswagen telah menggambarkan beberapa teknologi pada infotainmen baharu dan sedikit perubahan facelift untuk Golf GTI 2025 mereka yang bakal diperkenalkan di CES di Las Vegas dalam bulan ini.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Menurut dari imej dalaman model tersebut menunjukkan suis Golf daripada sistem infotainmen yang agak kecil tertanam pada papan pemuka atas, kepada paparan gaya tablet yang lebih besar seperti yang dilihat pada kereta VW terbaharu lain seperti ID.7, ID.4 yang diperbaharui dan pasaran Euro baharu Passat dan Tiguan.

 

 

vw

 

Sebelum ini, Mk8 Golf menggunakan butang stereng sensitif sentuhan yang terlalu mudah untuk diaktifkan secara tidak sengaja apabila sedang memandu.

Oleh itu, paparan itu bakal diperbaharui dengan yang lebih logik dan kawalan pemanas yang lebih mesra pengguna akan menjawab aduan tentang persediaan semasa, dan pengembalian butang fizikal lama pada stereng.

 

vw

 

Untuk dibahagian luaran model facelift ini, terdapat perubahan kecil yang dibuat oleh VW pada model Golf akan datang ini di bahagian lampu dan bampar yang baharu.

 

vw

 

Bampar hadapan kini tampil lebih agresif dan sporty di mana di bahagian hadapan tersebut seolah berbentuk kayu hoki kecil yang menyerong ke atas dan seperti rupa ketam yang sedang makan guna penyepitnya.

 

vw

 

Selain itu, spoiler belakang kelihatan seperti yang dipasang pada Clubsport pasaran Euro dan rodanya kelihatan seperti rim Estoril 19 inci yang didatangkan sebagai pilihan pada GTI dan dipasang sebagai standard kepada 380 Amerika Utara.

 

vw

 

Untuk transmisi kereta ini adalah ia menggunakan transmisi auto oleh kerana pilihan stick-shift telah ditarik balik di Eropah dan tidak akan tersedia pada kereta A.S. selepas model tahun 2024.

Untuk nadi kuasa kereta ini, dijangkakan akan mengekalkan 2.0 liter turbo-four yang telah diuji dan berkemungkinan akan datang dengan kuasa 261hp yang sepadan dengan model Tiguan 2.0 liter.

 

SUMBER : Carscoops

Berita Berkenaan

Berita Global
  VW menawarkan Golf GTE dan Golf eHybrid dengan teknologi hibrid plug-in generasi kedua yang…
Berita Global
  Buat kali pertama California dilengkapi dua pintu gelangsar yang bukan sahaja memudahkan…
Berita Global
Simbol ‘R’ ini kebanyakkanya telah digunakan pada model Arteon dan T- SUV Roc, Tiguan dan Touareg…