Menurutnya, setakat ini kerajaan masih mengekalkan sasaran awal tersebut namun beliau bersama-sama rakan kabinet akan melihat semula sama ada sasaran itu boleh dicapai ataupun tidak.
"Nampaknya target (sasaran) itu agak agresif kerana ada banyak isu yang perlu kita tangani dan ia melibatkan banyak proses dan agensi seperti proses kelulusan dan agensi seperti Suruhanjaya Tenaga, Pihak Berkuasa Tempatan serta pihak-pihak lain," kata Tengku Zafrul.
Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan pelan langganan pascabayar pemilikan e-motosikal, di Petaling Jaya pada Selasa.