Mulai hari ini hingga 29 Februari 2024, pelanggan yang membeli dua tayar MICHELIN bersaiz 18 inci dan ke atas boleh membawa pulang Bantal MICHELIN serba eksklusif yang menjadikan perjalanan balik kampung lebih menyelesakan.
Selain itu, bagi pelanggan yang membeli empat tayar MICHELIN bersaiz antara 15 ke 17 inci boleh membawa pulang Kad Hadiah Petronas MICHELIN yang bernilai sehingga RM30 untuk menjimatkan pembelian minyak semasa perjalanan.
Hadiah-hadiah tersebut boleh ditebus di outlet-outlet TYREPLUS dan MICHELIN yang terlibat semasa pembelian dibuat, dan stok adalah terhad.
Para pemandu dan pelanggan MICHELIN juga boleh menikmati MICHELIN Road Hazard Warranty Program yang meliputi pembelian baharu tayar MICHELIN sehingga 6 bulan, terhadap kebocoran tayar yang tidak disengajakan berserta kerosakan tayar yang berlaku semasa memandu di atas jalan raya terselenggara.
Tayar yang dibeli pelanggan ini layak untuk dibaiki atau digantikan dengan tayar baharu yang percuma daripada mana-mana outlet TYREPLUS yang mengambil bahagian.
Untuk maklumat lanjut mengenai promo Tahun Baharu Cina Michelin, sila layari laman sesawang rasmi Michelin: https://www.michelin.com.my/auto/promotions dan untuk maklumat lanjut mengenai MICHELIN Road Hazard Warranty Program, sila layari: https://tyreplus.com.my/roadhazardprogram.