Beliau mendedahkan bahawa Geely Auto akan menggabungkan platform Cell-to-body (CTB) generasi baharu pada barisan produk arus perdana seperti Lynk & Co dan Geely Galaxy.
Selain itu, barisan model tersebut akan menerima suite komprehensif teknologi elektrik mewah seperti "Pemacu Elektrik Pintar 11 dalam 1, Formula Bateri dalaman dan BMS Tanpa Wayar".
Tambahan itu, jenama Lynk & Co akan menggunakan seni bina 800V yang menyepadukan teknologi canggih seperti "CDC (continuous damping control) Electromagnetic Suspension dan Dual-Chamber Air Suspension”.
Ianya adalah untuk menghasilkan casis digital AI-driven serta meningkatkan kualiti dan keselamatan pemanduan kenderaan.
Menurut Geely, kecerdasan buatan (AI) akan menjadi elemen penting untuk kereta pintar, dan jika tanpai AI, kereta hanyalah pengakutan biasa.
Pada Januari lalu, Geely telah melancarkan model Xingrui A1 yang dibangunkan sepenuhnya oleh Geely yang menawarkan pengguna aplikasi seperti suara AI, lukisan AI dan muzik AI.
Dengan pelancaran pasaran Geely Galaxy E8 pada Januari lalu, Geely telah memulakan "Era Galaxy" untuk 2024 yang menandakan peralihan menyeluruh semua rangkaian jenama Geely ke arah kenderaan tenaga baharu.
Perkara tersebut juga menandakan aplikasi yang meluas teknologi pintar tenaga baharu Geely merentasi pelbagai produk.
SUMBER : Gasgoo