Pada acara itu, pelbagai pilihan hingga 500 kenderaan premium pra-milik serta kenderaan baharu termasuk model Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) daripada BMW Group ditawarkan kepada pengunjung.
Selain itu, barisan kenderaan premium pra-milik MINI dan BMW Motorrad juga akan dipamerkan di acara tersebut.
Pengunjung di pameran tersebut berpeluang menikmati pelbagai tawaran menarik, antaranya RM5,000 rebat segera dan peluang memenangi barangan eksklusif melalui cabutan bertuah.
Pelanggan juga dapat menikmati hingga 10 peratus untuk peningkatan ciri Connected Drive serta pra-kelulusan pembiayaan segera melalui BMW Engage oleh BMW Group Financial Services Malaysia.
Pemilik kenderaan daripada rangkaian BMW Premium Selection turut akan menikmati pengalaman Pemilikan Premium BMW Group Malaysia seperti berikut ;
-Waranti Pilihan hingga tujuh tahun yang dijamin oleh Allianz Malaysia
-Pemeriksaan teknikal oleh juruteknik BMW yang bertauliah
-Rekod Servis dan Rekod Kenderaan yang disahkan
-Tawaran tukar beli yang kompetitif
Pameran BMW Premium Selection 2024 akan diadakan di Parkir B, Stadium Nasional Bukit Jalil dari jam 9:00 pagi hingga 7:00 malam, pada 1 hingga 3 Mac.