Untuk melepasi ujian tersebut bukan mudah, namun dalam perkembangan terbaharu Euro NCAP bertegas mahu mahu menjadikan kereta-kereta baharu lebih selamat untuk digunakan atas jalan raya.
Caranya?
Dengan 'memaksa' pengeluar mengembalikan semula butang-butang kawalan fizikal di dalam ruang kabin.
Menurut laporan The Times, jumlah markah penarafan keselamatan kenderaan baharu akan diturunkan sekiranya model yang diuji tidak mempunyai butang, tuil, atau dial fizikal bagi fungsi-fungsi seperti lampu isyarat membelok, lampu kecemasan, hon, penyeka kaca dan butang panggilan kecemasan (eCall).
Matthew Avery, pengarah pembangunan strategik Euro NCAP menjelaskan, "penggunaan skrin sentuh yang berlebihan merupakan satu masalah seluruh industri.
"Hampir semua pengeluar kenderaan menggantikan butang kawalan fizikal dan mengalihkan fungsi tersebut ke dalam skrin sentuh, memaksa pemandu mengalihkan tumpuan dari jalan raya, dan meningkatkan risiko kemalangan.
Menurutnya lagi, peraturan baharu ini akan dikuatkuasakan pada tahun 2026.
Sumber: The Times