Lelong kenderaan - JPJ KL kutip lebih RM300,000

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur merekodkan 134 lelongan kenderaan sita dengan jumlah RM328,740 yang berlangsung di Dewan Merpati, di Kuala Lumpur pada Rabu.

Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Mohd Zaki Ismail berkata, acara lelongan siri 1/2024 itu bermula jam 9 pagi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Daripada 134 buah lelongan kenderaan itu, sebanyak 105 adalah boleh dilesenkan dan tidak boleh dilesenkan atau skrap (29 buah).

"Hasil jualan kenderaan lelong bernilai RM328,740 di mana jumlah lelongan awam tertinggi ialah RM69,300 membabitkan sebuah lori sampah," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Beliau berkata, semua kenderaan yang dilelong telah disita atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ujarnya, pembida yang hadir perlu membeli dokumen lelongan awam berharga RM100 yang dibuka jualannya selama 15 hari bermula dari 20 Februari hingga 5 Mac.

"Seramai 75 pembida hadir pada acara lelongan itu dan mereka yang berjaya membida kenderaan hendaklah menyelesaikan urusan pertukaran hak milik kenderaan dalam tempoh tujuh hari," katanya.

lelong
gambar dari Facebook JPJ

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Syarikat itu berkata ia adalah sebahagian daripada inisiatif swasta bertujuan meningkatkan nilai…
Berita Domestik
Ia berhubung perkhidmatan urus niaga pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau cukai jalan…
Berita Domestik
(Baca disini mengenai IDP tidak boleh digunakan di luar negara) Baru-baru ini, JPJ melalui laman…