Kerajaan akan menyiarkan statistik kematian akibat kemalangan secara 'real time' setiap hari sebagai langkah baharu bagi meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya dan orang ramai.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke dipetik berkata, tindakan itu akan dilaksana dalam masa terdekat dengan pelaporan dibuat Polis Diraja Malaysia (PDRM), sama seperti pelaporan kes harian jangkitan Covid-19 sebelum ini.