Tempahan Toyota Hiace Super Long Wheelbase kini dibuka, 177 PS/450 Nm, RM169k

oleh Danial Yasin Suhaimi|
UMW Toyota Motor (UMWT) hari ini mengumumkan pembukaan tempahan bagi model van serba baharu iaitu Toyota Hiace Super Long Wheelbase (SLWB) Window Van dengan tanda harga RM169 ribu.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Kehadiran Hiace SLWB sekaligus menjadi tambahan baharu kepada rangkaian model Hiace yang menjadi penanda aras untuk keluasan dan prestasi bagi sebuah kenderaan utiliti dengan 10 tempat duduk.

 

2

 

Sesuai dengan namanya, Hiace Super Long Wheelbase menampilkan dimensi 5,915 mm panjang, 1,950 mm lebar, 2,280 mm tinggi, dan memiliki panjang jarak roda 3,860 mm.

Peningkatan dimensi, dengan panjang sebanyak 1,220 mm, lebar sebanyak 255 mm, dan ketinggian sebanyak 300 mm, bukan sahaja menawarkan lebih banyak ruang dalaman tetapi juga meningkatkan kestabilan dan dinamik pemanduan.

 

3

 

Memastikan pengalaman pemanduan dinamik dengan dimensi tambahan, HiAce SLWB dikuasakan nadi 1GD-FTV 2.8 liter turbo diesel yang menghasilkan 177 PS pada 3,400 rpm dan 450 Nm diantara 1,600 rpm hingga 2,400 rpm.

Nadi itu dipadankan dengan transmisi automatik 6 kelajuan bersama Sequential Shift yang membolehkan pecutan dan kendalian lebih baik.

 

4

 

Antara ciri lain pada Toyota Hiace SLWB termasuklah Lampu Pintu Gelongsor dan Perakam Video Digital Hadapan (DVR) yang terbina, serta dengan tali pinggang keledar 3 point di semua tempat duduk.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dengan pencapaian jumlah jualan April itu, angka jualan tahun 2024 UMW Toyota kini mencatatkan…
Berita Domestik
Sesuai dengan namanya, Yaris G Limited hanya akan ditawarkan sebanyak 600 unit terhad sahaja dengan…
Model Terbaharu
Tidak seperti penawaran terdahulu, Hiace Panel Van kini didatangkan dengan enjin diesel turbo 3.0…