Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Mohd Yusri Md Daud berkata selain dari mereka yang berada diperantauan balik untuk berhari raya, Alor Setar juga menjadi tumpuan orang ramai untuk membeli belah kelengkapan Hari Raya.
"Kesesakan dijangja akan berlaku di lampu isyarat Jalan Tanjung Bendahara, Jalan Datuk Kumbar, persimpangan Aman Central, Jalan Gangsa, Pekan Simpang Kuala dan Tandop serta persimpangan Jalan Langgar, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, Jalan Tun Razak, persimpangan selepas Plaza Tol Alor Setar Utara, Kota Sarang Semut dan Jalan Kuala Sungai," ujar beliau.
Selain dari polis trafik, Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) juga akan mengaktifkan warden trafik mereka untuk memberi bantuan menyuraikan kesesakan yang dijangka berlaku.
* Berita penuh di Berita RTM