Tiga sekeluarga jual lemang cemas, khemah niaga dirempuh SUV

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Berita Harian
Tiga sekeluarga yang menjual lemang pada malam raya di seberang jalan hadapan sebuah stesen minyak di Kalumpang, di Hulu Selangor, menempuh detik cemas apabila sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) merempuh kereta dan khemah mereka, malam Selasa.

Nahas kira-kira jam 11.30 malam itu mengakibatkan isteri penjual lemang berusia 40 tahun luka di dagu dan bengkak di betis manakala anak lelakinya berusia tiga tahun, tidak cedera.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Difahamkan, suami mangsa sedang menjalankan urusan jual beli manakala kedua-dua mangsa berada dalam kereta jenis Perodua Kelisa.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim, berkata siasatan awal mendapati pemandu SUV Proton X70 dalam perjalanan dari Kalumpang ke Kuala Kubu Bharu.

"Sebaik tiba di lokasi, SUV itu disyaki terbabas ke kiri jalan dan melanggar Perodua Kelisa yang diletakkan berhampiran gerai serta tiang kanopi.

"Lelaki berusia 58 tahun itu bagaimanapun, tidak mengalami kecederaan," katanya ketika dihubungi, pada Rabu.

Ahmad Faizal berkata, hasil semakan mendapati pemandu Proton X70 tidak mempunyai rekod lampau.

"Kes disiasat mengikut h Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959," katanya.

Terdahulu, tular di laman Facebook menunjukkan gambar kemalangan terbabit.

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Hasil siasatan mendapati klip video tersebut telah tular melalui laman sosial X dan telah dimuat…
Informasi
"Laluan yang akan digunakan membabitkan 40km dalam Pusat Bandar Kuala Lumpur manakala selebihnya…
Berita Domestik
"Siasatan kes itu dah selesai dan sehingga semalam (Ahad) kita terima satu laporan polis dari…