Perlumbaan yang dijadualkan pada Sabtu 13 dan Ahad 14 April itu bakal mengambil tempat di Litar Dunia Misano Marco Simoncelli.
Pusingan 6 dan 7 siri ini akan dihoskan buat kali pertama di "Motor Valley" ikonik Itali, di Misano Adriatico berhampiran dengan tempat asal Maserati ini.
Penyertaan Maserati dalam Formula E, bukan sahaja menyeru silsilah perlumbaan, tetapi juga menggariskan kemunculan detik bersejarah utama, ketibaan Folgore, rangkaian elektrik 100 peratus Maserati.
Di Motor Valley Itali, Maserati ialah perintis dalam bidang elektrifikasi dan merupakan jenama kereta mewah Itali pertama yang mengeluarkan model elektrik penuh, serta yang pertama bersaing dalam Formula E.
Pemandu Maserati MSG Racing bersedia untuk memberikan yang terbaik di antara litar yang paling ikonik, yang digemari peminat dua dan empat roda di seluruh dunia.
Selepas kemenangan yang pertama musim ini di Tokyo untuk Maserati MSG Racing yang dipandu Max Günther pada penampilan sulung Formula E di Jepun.
Pasukan itu ingin meneruskan prestasi cemerlang ini di hadapan peminat perlumbaan Itali, yang menanti untuk melihat Maserati Tipo Folgore beraksi dalam usaha memburu kemenangan selanjutnya.
Bersama Tokyo dan Shanghai, pusingan Misano Adriatico merupakan perlawanan baharu dalam kalendar untuk Musim 10 Kejuaraan Dunia Formula E FIA.
Pusingan ke-6 dan ke-7 juga menandakan separuh musim yang pertama, dan akan berakhir di London pada 21 Julai.
Maserati MSG Racing kini berada di tempat ketujuh dalam kedudukan kejuaraan musim ini.