Ford tawar sesi latihan off-road untuk pemilik Ranger di Slim River dan Sarawak

oleh HEZERI SAMSURI|
Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) menawarkan siri pengembaraan off-road dan latihan untuk pemilik trak pikap Ranger dan Ranger Raptor.

Acara pertama yang bakal berlangsung ialah Latihan Off-Road 4x4 Ranger dan Cabaran Rakit Air bertempat di Kampung Ulu Slim, Perak pada 20 April 2024 ini. 
AION MREC Banner Campaign May 2024

Selepas itu, Latihan Kemahiran 4WD Sarawak 4x4 Training Academy (Sar4Trac) pula akan diadakan, yang bertempat di Kampung Beriang, Bau, Sarawak pada 27 April 2024.

Peserta-peserta akan berpelung untuk lebih memahami dan membiasakan diri dengan kenderaan masing-masing dan juga untuk merasakan sendiri potensi maksimum Ranger dan Ranger Raptor mereka.

Latihan Off-Road 4x4 Ranger dan Cabaran Rakit Air adalah acara yang penuh adrenalin yang akan berlangsung di Slim River, Perak. 

Ini ialah satu peluang yang terbaik dari mereka hanya menggunakan trak 4X4 mereka untuk ke pusat membeli belah atau untuk sesi minum kopi mahal.

Untuk maklumat lanjut berkaitan Ford Ranger Getaways pada April serta senarai aktiviti lainnya untuk bulan-bulan akan datang, layari platform e-dagang SDAC-Ford

Pemilik juga boleh memilih percutian mereka sendiri serta membuat tempahan dan bayaran.

Untuk maklumat lanjut, layari www.sdacford.com.my.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Walaupun angka itu mendahului pasaran, ia diberitakan masih lebih rendah dari apa yang dijangkakan…
Berita Global
Isuzu D-Max menjadi kenderaan ketiga paling popular di negara kangaroo itu, dengan jualan sebanyak…
Berita Global
  Selain itu, XR3 dijual pada harga yang berdaya saing dan gabungan ciri-ciri tersebut…