Projek tersebut dinamakan sebagai Swappable Batteries Consortium, dan berharap bakal mewujudkan standard teknikal bertaraf antarabangsa menerusi kerjasama dengan pihak kerajaan dan pemegang pihak berkepentingan.
Menurut Noriaki Abe, pegawai urusan operasi motosikal Honda berkata, usaha elektrifikasi di seluruh dunia bagi mengurangkan CO2 kini semakin pantas, terutama di Eropah.
"Untuk mengadaptasi elektrifikasi pada motosikal, beberapa masalah seperti jarak operasi dan masa pengecasan perlu diberi perhatian, dan bateri yang mudah ditukar adalah penyelesaian terbaik.
Tambah Abe lagi, sistem bateri standard untuk kebanyakan jenama di pasaran bakal memberikan kemudahan kepada pelanggan, di mana mereka tidak lagi perlu mempunyai beberapa jenis bateri untuk beberapa jenis kenderaan.
Ini bukanlah kali pertama perjanjian seumpama itu ditandatangani, memandangkan kira-kira setahun yang lalu, Honda komited bekerjasama dengan Yamaha, Kawasaki dan Suzuki bagi membangunkan dan menguji sistem bateri yang boleh ditukar di Universiti Osaka.