10 bulan dari sekarang, Toyota GR86/Subaru BRZ akan dihentikan penjualannya di Eropah

oleh Mohamad Hanif|
Para peminat kereta sports GR86 dan BRZ nampaknya terpaksa berputih mata selepas tahun 2024 melabuhkan tirainya kira-kira 10 bulan dari sekarang.

CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Ini kerana kedua-dua model kereta sports pacuan roda belakang mampu milik itu bakal ditamatkan penjualannya selepas pelaksanaan undang-undang keselamatan terbaharu yang digelar sebagai General Safety Regulations 2 (GSR2).
 

subaru


Dalam satu emel yang dihantar kepada Motor1, wakil jurucakap Toyota mengesahkan perancangan untuk menjual GR86 dalam tempoh dua tahun itu masih lagi kekal tidak berubah, dan akan dihentikan pada tahun hadapan.

Sementara itu, jurucakap Subaru memberitahu "selepas 2024, tiada lagi penjualan Subaru BRZ di Eropah.

Ini kerana kedua-dua model tersebut (GR86 dan BRZ) tidak lagi mampu untuk memenuhi keperluan keselamatan yang bakal dilaksanakan kelak.
 

subaru


Menurut artikel yang ditulis oleh Joe Clifford untuk Toyota UK Magazine, sebarang langkah pengubahsuaian kereta sports coupe untuk memenuhi keperluan keselamatan itu akan menjejaskan watak dinamik kereta tersebut, dan "ia bukan lagi kereta pemandu yang semua orang kenal dan suka."

Undang-undang terbaharu GSR2 itu menyenaraikan bermacam-macam jenis keperluan keselamatan yang perlu dipatuhi oleh setiap pengeluar di benua tersebut.

Antaranya ialah keperluan untuk memasang kotak hitam (atau Event Data Recorder, EDR) bermula Julai 2024, diikuti dengan ciri amaran Advanced Driver Distraction Warning, penggunaan tayar yang selamat dan tahan lama, serta penggunaan kaca keselamatan yang telah ditambahbaik.

Sumber: Motor1, Kesatuan Eropah

Berita Berkenaan

Berita Global
  Di bahagian dalam, suasana hitam dibangkitkan dengan riasan kuning.  Kerusi sport dibalut …
Berita Global
  Celoreng Castrol dan aksi dari selekoh ke selekoh menghiburkan. Tahukah anda? Perodua juga…
Berita Global
  GR86 2025 mempunyai rasa hubungan dengan jalan raya, tindak balas stereng dan kelinearan lebih…